Pulut Mangga

Pulut Mangga
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut
  • 5 helai daun pandan
  • 1½ cawan santan car
  • 5 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 5 sudu makan tepung jagung*
  • 2 sudu makan tepung beras*
  • 1 biji manga

* Dicampur bersama

Cara Penyediaan
  1. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang. Tambah air separas pulut.
  2. Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.
  3. Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.
  4. Kacau hingga hampir naik minyak.
  5. Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.
  6. Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam. Kacau rata.
  7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas. Gaul rata.
  8. Panaskan baki santan dengan api sederhana.
  9. Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.
  10. Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.

Cara Menghidang

  • Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.