Ayam Goreng Oat

Ayam Goreng Oat
  • 2 ketul ayam – dipotong 8
  • 1 cawan minyak – untuk menggoreng
     
  • ½ sudu makan serbuk kari*
  • ½ sudu teh serbuk kunyit*
  • ¼ sudu teh lada sulah*
  • ¼ sudu teh garam*
     
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan oat

* Digaul sebati
 

  1. Perapkan ayam dengan bahan A selama 30 minit.
  2. Tuangkan telur ke dalam ayam dan gaul rata. Taburkan tepung jagung dan gaul rata.
  3. Golekkan ketulan ayam dengan oat.
  4. Goreng sehingga garing.