Nasi Goreng Nanas

Pineapple Fried Rice
Bahan-bahan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 tangkai cili kering, dihiris kasar dan direndam dalam air panas selama 10 minit
  • 2 sudu besar bawang merah dihiris kasar
  • 1 sudu kecil bawang putih, dihiris kasar
  • 1 keping sebesar tapak tangan atau 1/3 cawan daging dada ayam (tanpa kulit), dihiris menjadi kepingan setebal 0.5cm
  • 1 sudu besar air
  • 1 putih telur (diasingkan bahagian kuning dan putih telur)
  • 3 sudu besar kubis, dihiris menjadi potongan kecil bersaiz 2cm x 3cm
  • 2 sudu besar lada benggala, dipotong dadu sebesar 1cm x 1cm
  • 1 cawan nasi, rebuskan 1/3 cawan beras dengan 2/3 cawan air. Setelah masak, biarkan nasi sejuk hingga ke suhu bilik. Nisbah beras kepada air ialah 1 bahagian beras kepada 3 bahagian air
  • 1/3 cawan kangkung, diasingkan daun daripada batangnya dan daun dihiris secara melintang
  • 1/4 cawan nanas, dikerat menjadi kepingan bersaiz 1.5cm x 0.3 cm
Cara Penyediaan
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih bersama 1-2 sudu besar air sehingga menjadi pes.
  2. Panaskan kuali dan tambahkan sedikit minyak. Masukkan pes dan tumiskan selama 5 minit sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan hirisan ayam dan 1 sudu besar air. Kacau dan masak lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan putih telur dan biarkan sekejap selama 1 minit sebelum mengacau masakan.
  5. Masukkan kubis dan lada benggala. Kacau dan masak lebih kurang 1 minit.
  6. Tambahkan nasi dan kangkung. Kacau dengan rata.
  7. Tambahkan nanas dan kacau sehingga semua bahan bercampur dengan sekata.
  8. Teruskan memasak selama 3 minit lagi. (Ini adalah bagi memastikan semua cecair tersejat daripada masakan, terutamanya air daripada nanas).
  9. Pindahkan masakan ke dalam pinggan dan hidangkan segera.