Pau Kari Vegetarian

Vegetarian Curry Pau
Bahan-bahan

Bahan-bahan Inti

Bahan-bahan A: Bahan tumis

  • 3 sudu makan minyak
  • ½ biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu teh serbuk kari

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan air
  • 1 batang lobak merah**
  • 2 biji tomato**
  • ½ biji lada benggala merah**
  • 1 batang timun jepun – dipotong panjang
  • ½ sudu teh garam

* Dicincang    
** Dipotong kiub

Bahan-bahan Pau

Bahan-bahan C:

  • 1 sudu teh yis *
  • ½ sudu teh gula *
  • 1 ½ cawan tepung pau
  • ½ cawan air suam

Bahan-bahan D:

  • ½ cawan tepung pau **
  • 4 sudu makan gula **
  • 1 sudu teh lemak sayur **
  • ½ sudu teh double action baking powder **

* Dibancuh dalam 4 sudu makan air suam
** Digaul bersama

Cara Penyediaan

Cara Penyediaan Inti

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.
  3. Masukkan air diikuti lobak merah.
  4. Masak hingga lobak merah lembut.
  5. Masukkan tomato, lada benggala dan timun jepun. Masak hingga empuk.
  6. Perisakan dengan garam. Ketepikan.

Cara Penyediaan Pau

  1. Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung pau. Sebatikan.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga kental.
  3. Rehatkan doh selama 40 minit.
  4. Masukkan campuran bahan D ke dalam doh sedikit demi sedikit.
  5. Uli sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 12 biji dan dibentukkan menjadi bulat.
  7. Gelekkan dengan penggelek.
  8. Masukkan 1/12 bahagian inti dan cantumkan kembali doh.
  9. Kukus selama 15 minit dengan api besar.