Ambil Ubat dan Kawal Keadaan

Pesakit yang menjalani dialisis seringkali perlu mengambil pelbagai jenis ubat, dan masa ubat tersebut dimakan adalah penting. Sebagai contoh, anda mungkin diberi ubat pengikat fosfat (phosphate binder), untuk diambil ketika waktu makan anda, dan vitamin buah pinggang yang perlu dimakan pada waktu yang berlainan. Ikuti nasihat berikut untuk memudahkan rutin pengambilan ubat anda:

  • Dengar dan belajar: Senaraikan segala ubatan anda, termasuklah vitamin dan makanan tambahan yang dibeli di farmasi, dan bincang dengan doktor anda tujuan setiap ubatan ini diberi kepada anda, bila ubatan ini harus dimakan dan fungsi utama setiap ubatan ini terhadap buah pinggang anda.
  • Ikut aturan: Cuba guna kotak susunan ubat untuk ubat-ubatan anda dan ambil ubat anda pada masa yang sama setiap hari (kecuali diarahkan sebaliknya oleh pakar perubatan anda).
  • Ikut peraturan: Sekiranya anda mengalami gejala sampingan disebabkan oleh pengambilan mana-mana ubat, anda harus berbincang dengan pakar perubatan anda sebelum anda membuat keputusan untuk berhenti pengambilan ubat berkenaan. Pastikan bekalan ubat anda mencukupi.
     

Kenali Ubat Anda

Ubat yang harus anda jauhi adalah ubat tahan sakit seperti ibuprofen, naproxen dan beberapa jenis vitamin tambahan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Kaji Pemakanan Ketika Dialisis

Terdapat dua perkara yang perlu anda ketahui mengenai pemakanan ketika dialisis: pertama, ianya berlainan dengan jenis pemakanan biasa anda, dan kedua, jangan buat perubahan yang mendadak. Ramai pesakit akan mengeluh kerana sudah tidak boleh mengambil pemakanan yang biasa mereka makan ketika sihat. Namun, perlu anda ingati dan fahami bahawa perubahan ini adalah untuk menjamin kesihatan dan agar anda masih dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Anda boleh menggunakan peluang ini sebagai cabaran untuk mencuba sesuatu yang baharu di samping menyihatkan kesihatan. Rancang pemakanan anda dan mungkin anda boleh berkongsi cara pemakanan yang sihat ini bersama dengan keluarga anda. Tentunya ia sesuatu yang menyeronokkan kerana ia merupakan perubahan yang membawa ke arah kebaikan.

Persediaan Untuk Diri dan Pasukan Kesihatan Anda

Apabila anda telah membuat keputusan untuk menjalani dialisis, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah dengan memberitahu pasukan kesihatan anda seperti doktor yang merawat penyakit buah pinggang anda, doktor yang merawat penyakit kencing manis anda, pakar yang merawat jantung anda (sekiranya ada) dan juga ahli keluarga dan sahabat terdekat anda. Mereka perlu mengetahui bila anda akan menjalani rawatan kerana dialisis akan mempengaruhi ujian makmal anda, matlamat kesihatan anda dan juga ubat yang diberi kepada anda.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Preparing for Dialysis
Memahami Dialisis
Persediaan Menghadapi Dialisis
Treatment Options
Memahami Dialisis
Jenis-jenis Rawatan Dialisis