DaVita Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 5000 keping pelitup muka N-95 kepada Hospital Ampang

Berikutan dengan kenaikan kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia, lebih banyak hospital perlu mengembangkan wad untuk pesakit-pesakit Covid-19. Pengembangan wad pengasingan ini bermakna setiap hospital berkenaan memerlukan lebih banyak peralatan hospital, bekalan dan juga tempat pengasingan yang bersesuaian untuk pesakit-pesakit Covid-19. Hospital Ampang merupakan salah satu daripada pusat fasiliti kedua utama negara di dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19 dan sedang beroperasi pada kapasiti maksimum.

Setelah mendapat tahu kedesakan keperluan hospital ini, DaVita Malaysia telah bergegas membantu untuk meringankan masalah yang diatasi oleh Hospital Ampang. Kami telah menyumbangkan sebanyak 5000 keping melitup muka N-95 di samping memberi bantuan kepada para pejuang barisan hadapan untuk membendung penyebaran Covid-19 di Malaysia.

Ketua Perkhidmatan Sokongan Etika Hospital Ampang, Dr. Tan Hui Sui berkata bahawa bantuan pantas daripada pihak DaVita Malaysia amat membantu pihak hospital memandangkan mereka sedang berusaha untuk membesarkan wad pengasingan dengan penggunaan katil ICU yang hampir mencecah sebanyak 130-150. Sumbangan ini adalah salah satu daripada usaha kami untuk membantu negara meringankan beban yang sedang dihadapi ketika ini.

Dr. Tan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada DaVita Malaysia dan amat terharu dengan tindakan pantas pasukan kami di dalam menghulurkan bantuan ke Hospital Ampang. Kesemua bantuan telah berjaya kami sampaikan di dalam masa seminggu.

DaVita Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa dan terutamanya ketika komuniti sedang memerlukan bantuan. Usaha ini menggambarkan betapa DaVita komited di dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat di samping membina semangat yang positif di dalam penghidupan rakyat.

Pandemik yang melanda dunia ketika ini harus dibendung melalui sokongan dan semangat kerjasama daripada semua pihak dan golongan masyarakat terutamanya daripada pasukan kesihatan. DaVita Malaysia akan sentiasa tabah dan teguh di dalam memberi bantuan dan sokongan di ketika keadaan yang tidak menentu ini.