Kaji Selidik Berkaitan Kepuasan Pesakit

Tahun ini, Kaji Selidik Berkaitan Kepuasan Pesakit DaVita Malaysia telah mencapai kadar penyertaan sebanyak 100%! Tahniah kepada FA dan ROM yang telah memberi galakan kepada para pesakit kami untuk melengkapkan kaji selidik berkenaan. Kaji selidik ini penting untuk kami memahami kehendak pesakit dan apa yang mereka harapkan daripada DaVita, juga untuk menilai kualiti perkhidmatan kami. Maklum balas daripada pesakit kami akan kami jadikan sebagai panduan untuk memperbaiki perkhidmatan kami, berdasarkan pengalaman pesakit yang mendapat rawatan daripada DaVita.

Kaji selidik ini dijalankan dari 9hb Jun, 2021 – 9hb Julai 2021 melalui platform ‘Survey Monkey’.