Sungai Siput Mendapat Akreditasi MSQH

Kami dengan bangga mengumumkan bahawa Pusat Dialisis DaVita Sungai Siput kini mempunyai akreditasi MSQH yang menjadikannya pusat kelapan yang mendapat pengiktirafan. Akreditasi MSQH hanya dianugerahkan apabila telah berjaya melalui beberapa proses dengan teliti dan menyeluruh seperti pemeriksaan di tempat kerja, aktiviti pendidikan dan juga penelitian dari segi kualiti, keselamatan dan perkhidmatan. Pusat rawatan ini dinilai bersama dengan lapan pusat rawatan yang lain termasuk: pengendalian; cara penjagaan; sumber manusia; rawatan hemodialisis; etika amalan dan hak pesakit dan keluarga; pengawalan dan pencegahan penyakit; kemudahan dan kelengkapan; dan aktiviti peningkatan kualiti.