“Perjalanan Anda ke arah Pemindahan Buah Pinggang” diadakan khusus untuk pesakit yang mempertimbangkan pemindahan buah pinggang sebagai rawatan pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang.

Pemindahan buah pinggang adalah satu jenis rawatan untuk kegagalan buah pinggang peringkat akhir. Rawatan lain adalah hemodialisis, Continuous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD) ataupun Automated Peritoneal Dialisis (APD). Antara rawatan untuk kegagalan buah pinggang, pemindahan buah pinggang adalah satu-satunya pilihan untuk menawarkan kehidupan yang lebih aktif tanpa dialisis dan jangka-hayat yang lebih panjang. Namun, haruslah diingatkan bahawa ia bukanlah rawatan yang memulihkan sakit buah pinggang. Buah pinggang yang baru ini memerlukan penjagaan yang berterusan. Anda perlu mengambil ubat-ubatan anti-penolakan untuk mengelakkan badan anda daripada menolak buah pinggang selagi buah pinggang ini masih berfungsi. Jika buah pinggang ini tidak lagi berfungsi, anda perlu kembali kepada rawatan dialisis ataupun kemungkinan untuk mempertimbangkan pemindahan buah pinggang yang lain.

Secara umumnya, pemindahan buah pinggang adalah selamat dan berkesan, ia mungkin bukan rawatan yang sesuai untuk semua orang kerana risiko pembedahan dan ubat-ubatan yang mungkin memburukkan kesihatan anda.

Buah pinggang boleh didermakan oleh penderma yang masih hidup (seperti ibu bapa, adik beradik, pasangan, atau rakan) atau penderma yang telah meninggal dunia. Untuk mendapatkan buah pinggang daripada penderma yang telah meninggal dunia, anda perlu disenaraikan ke dalam senarai menunggu. Sekiranya anda mempunyai penderma hidup, anda tidak perlu berada di dalam senarai menunggu. anda perlu menunggu antara 10 hingga 13 tahun untuk mendapatkan buah pinggang daripada penderma yang telah meninggal dunia di Malaysia.

Di DaVita, kami akan selalu memastikan anda mendapat maklumat yang lengkap untuk anda memutuskan sama ada pemindahan buah pinggang adalah pilihan yang sesuai dan kami juga akan menyediakan anda dalam perjalanan mendapatkan buah pinggang baharu.

Saya berharap anda mendapati maklumat yang disediakan di dalam risalah dapat membantu anda . Untuk maklumat lanjut, doktor dan rakan sepasukan kami amat berbesar hati untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Dr Rosnawati Yahya

Pengarah Hal Ehwal Perubatan DaVita Malaysia & Ketua Unit Transplantasi dan Timbalan Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Living Donor Kidney Transplant
Pemindahan /Transplan Buah Pinggang
Pemindahan Buah Pinggang Penderma Hidup