Apakah Gejala Penyakit Buah Pinggang?

Selain mengetahui sebab sakit buah pinggang terjadi, mengambil tahu gejala penyakit ini juga adalah sangat penting. Mengetahui simptom awal sakit buah pinggang boleh membantu orang ramai mengesannya dengan lebih awal untuk mendapatkan rawatan. Antara gejala penyakit buah pinggang termasuklah:

  • Perubahan air kecil — Membuang air kecil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil daripada biasa, merasa tekanan semasa membuang air kecil, perubahan warna air kecil, air kecil berbuih atau terpaksa bangun malam untuk membuang air kecil dengan kerap.
  • Bengkak kaki, buku lali, tangan atau muka — Cecair yang tidak dapat dikeluarkan oleh buah pinggang berkemungkinan terkumpul di dalam tisu badan.
  • Keletihan atau berasa lemah — Ini berlaku kerana pengumpulan toksin atau kekurangan sel darah merah (anemia) apabila buah pinggang mula gagal untuk berfungsi.
  • Sesak nafas — Kegagalan buah pinggang kadangkala dikelirukan dengan asma atau kegagalan jantung kerana cecair boleh terkumpul di dalam paru-paru.
  • Rasa logam di dalam mulut — Pengumpulan sisa dalam badan boleh menyebabkan nafas berbau, perubahan rasa atau rasa tidak suka terhadap makanan kaya protein seperti daging.
  • Sakit belakang atau sisi — Rasa sakit buah pinggang yang terletak di kedua-dua belah tulang belakang, di bahagian belakangnya.
  • Berasa gatal di badan — Pembentukan sisa dalam badan boleh menyebabkan kegatalan yang teruk, terutamanya pada kaki.
  • Hilang selera makan.
  • Loya dan muntah.

Jika anda merasa atau tertanya-tanya kenapa buah pinggang anda sakit, anda haruslah berbincang dengan doktor mengenai kebimbangan anda. Lebih-lebih lagi, jika anda mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, yang merupakan antara punca masalah buah pinggang. Selain itu, mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap sakit ini juga merupakan antara faktor penyakit buah pinggang yang perlu anda awasi.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Chronic Kidney Disease: Symptoms, Stages & Treatments
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Penyakit Buah Pinggang: Gejala, Tahap & Cara Mencegah
Assessing Your Risk of Chronic Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Menilai Risiko Anda Mendapat Penyakit Buah Pinggang