Lasagna Ayam

Lasagna Ayam
  • 2 biji tomato # 
  • ½ biji bawang besar # 
  • 2 ulas bawang putih
  • ¼ sudu teh minyak
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh gula

# Dipotong kiub
 

  • 2 sudu teh minyak
  • 1 biji bawang besar – dipotong kiub
  • 1 ulas bawang putih – dimayang
  • 1 ketul dada ayam – dikisar
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk kasar lada hitam
     
  • 150g lasagna kering – direndam selama 20 minit
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180° Celsius.
  2. Bakar tomato dan bawang selama 20 minit.
  3. Keluarkan & kisar dengan sedikit air hingga lumat.
  4. Menggunakan kuali, panaskan minyak.
  5. Masukkan bahan yang dikisar, garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.
     
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam & Sos Tomato (Bahan A). Kacau rata hingga masak.
  3. Perisakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan.
     
  1. Griskan dulang pembakar. Susun kepingan lasagna di dalam bekas. Masukkan 1/3 bahagian inti.
  2. Ulang proses 1 hingga habis dengan menyusun kepingan lasagna di bahagian paling atas.
  3. Tutup dulang dengan kepingan aluminum. Bakar selama 15 – 20 minit.
  4. Keluarkan untuk dihidang