Soo Hoon Goreng Ala Thai

Thai Fried Glass Noodle
Bahan-bahan
  • 2 cawan soo hoon kering – direndam selama 20 minit
  • 2 ketul ayam, bahagian dada – dipotong 4
  • 1 batang lobak merah – dipotong memanjang
  • 2 pokok sawi pak choy – dipotong kecil
  • 1 sudu makan sos cili
  • ½ sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun limau purut – dihiris nipis
  • ½ cawan air

Bahan Tumis

  • 2 sudu makan minyak
  • 4 ulas bawang putih * 
  • 1 biji bawang besar * 
  • ¼ inci halia * 
  • ½ sudu makan cili kisar

Bahan Hiasan

  • Sedikit daun bawang **
  • Sedikit daun ketumbar **
  • Sedikit daun sup
  • 3 biji cili merah – dihiris nipis
  • ½ biji timun – dibuang kulit & dihiris
  • 4 biji limau kasturi

* Dihiris nipis
** Dihiris kasar

Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.
  4. Masukkan serai dan daun limau purut.
  5. Masukkan isi ayam. Biar seketika.
  6. Masukkan lobak merah dan sawi. Masak seketika.
  7. Masukkan soo hoon dan kacau rata.
  8. Tambahkan ½ cawan air. Masak hingga soo hoon lembut.
  9. Angkat dan bahagikan kepada 4 hidangan.
  10. Hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili potong dan timun.
  11. Perahkan 1 biji limau kasturi.
  12. Sedia untuk dihidangkan