Projek Utama CSR DaVita Malaysia!

Apabila kami menyatakan bahawa kami memberi keutamaan kepada komuniti dan meletakkan syarikat di tempat kedua – ia datang daripada ketulusan hati kami dan kami berpegang teguh akan kata-kata kami tersebut. Pada kami, komuniti bukan setakat ahli-ahli pasukan yang berkerja bersama kami malah merangkumi para pesakit kami dan masyarakat sedunia. Kepercayaan dan kesungguhan kami di dalam meningkatkan inspirasi dan memberi makna terhadap penghidupan ini adalah nilai yang membezakan kami daripada syarikat lain. Permulaan tahun ini kami mulakan dengan kejayaan projek di bawah Tanggungjawap Perkhidmatan Korporat yang dijalankan di bawah projek utama “The Village” yang telah membekalkan barangan keperluan persekolahan untuk seramai 250 orang murid.

Ia merupakan satu usahasama yang unik di antara DaVita Malaysia dan Village Hope yang merupakan satu badan sukarela bukan kerajaan yang membantu lebih daripada 1000 orang kanak-kanak yang kurang berkemampuan berdasarkan pengalaman individu kanak-kanak tersebut. Kebanyakan kanak-kanak ini bergelut untuk meneruskan penghidupan akibat daripada trauma kerana diseksa, ditinggalkan malah ada juga yang merupakan mangsa penyeludupan.

Davita Malaysia juga berjaya mengendalikan projek terbesar Village di dalam bulan April dengan disertai oleh 20 orang ahli sukarela, mengikut SOP yang ketat di dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Acara ini telah berlangsung di Ibu Pejabat DaVita Malaysia di Kuala Lumpur. Acara ini turut diselangi dengan satu kejutan apabila dua daripada ahli pasukan klinikal kami turut mengambil bahagian sebagai sukarelawan! Terima kasih diucapkan kepada Norlida Omar dan Siti Zamidah, Pentadbir Fasiliti Bangsar dan Kajang, kerana menunjukkan semangat jati diri yang teguh sebagai sukarelawan!

Para sukarelawan kami berhempas pulas menggunakan daya kreativiti masing-masing di dalam menyiapkan 250 pak yang berisi barangan alat tulis dan bag sekolah disertakan dengan kad buatan tangan yang berwarna warni dipenuhi dengan kata-kata motivasi dan kata-kata hikmah. Acara ini turut disertai oleh Matt Williams, Juanita Anthony, Pao Kuen Koh, Nor Majidah dan Arjan Singh sebagai sebahagian daripada ahli sukarelawan.  

Ia merupakan satu pengalaman yang sungguh luar biasa dan menarik apabila ahli pasukan kami berganding bahu menghidupkan nilai utama “The Village” sambil menerapkan elemen gotong royong untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat yang istimewa untuk para pesakit, ahli pasukan dan komuniti secara keseluruhan. Kami, dengan ini ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para sukarelawan kami yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa berharga mereka bagi menjayakan projek yang mulia ini!