Hari yang Bermakna Bersama Para Hero Kami!

Ia merupakan hari yang sungguh bermakna, disambut bersama dengan para jururawat, perajurit barisan hadapan yang berhempas pulas mengutamakan keselamatan dan kesihatan para pesakit daripada keluarga tersayang. ‘The Village’ sungguh kagum dengan komitmen yang diberi oleh para jururawat di dalam menjaga pesakit-pesakit kami dengan baik dan berhemah di ketika pandemik COVID-19 ini.

Kami amat bertuah kerana dikelilingi oleh lebih 240 orang jururawat DaVita di Malaysia dan lebih daripada 21,500 orang jururawat DaVita di seluruh dunia. Para jururawat kami merupakan tunggak kebanggaan kami kerana mereka merupakan sebahagian daripada komuniti yang bekerja keras dan berdedikasi yang “memberi kehidupan” kepada para pesakit kami setiap hari.

Kami telah mengadakan pelbagai aktiviti selari dengan Hari Jururawat Sedunia, dan di antaranya adalah kempen media sosial dan membuat kejutan hadiah kepada para jururawat kami, tidak lupa jugak kepada para pemandu kami kerana mereka memainkan peranan yang besar di dalam memastikan keselamatan para pesakit kami adalah terjamin semasa di dalam perjalanan datang dan pulang daripada pusat rawatan. Kami kagum dengan maklum balas daripada beberapa ahli pasukan yang terpilih untuk menjayakan kempen ini kerana mereka telah menunjukkan semangat dedikasi dan komitmen terhadap penjagaan pesakit-pesakit kami.

Kami kongsikan di sini beberapa keping gambar yang memaparkan keceriaan dan kegembiraan para jururawat kami apabila menerima hadiah yang dibuat khas untuk setiap ahli klinikal kami!