Hari Terbuka 2021 Pusat Dialisis DaVita Papar

Pusat Dialisis DaVita Malaysia ke 40 - Pusat Dialisis DaVita Papar telah memulakan perkhidmatannya.

Sebelum memulakan operasi, Pusat Dialisis DaVita Papar telah mengadakan hari terbuka pada 11hb April, 2021. Objektif hari terbuka ini adalah semata-mata untuk menjalinkan hubungan dan mengadakan sesi suai-kenal dengan bakal pelanggan, pengasuh dan juga kakitangan hospital. Tetamu turut diberi lawatan disekitar pusat rawatan. Selain daripada itu, terdapat juga sesi ceramah mengenai kesihatan, permainan dan sesi cabutan bertuah. Jangan risau….acara pembukaan ini dijalankan dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ketat dan penjarakan sosial turut diutamakan.

Pusat Dialisis DaVita Papar
No. S1 & S2, Taman Tulip, Jalan Hospital, Kg. Berundong, 89600 Papar, Sabah.