Hari Buah Pinggang Sedunia 2021 - Oh My Ginjal! (OMG!) – Forum Siaran Secara Langsung

Bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia 2021, kami telah menjalankan siaran langsung di laman Facebook DaVita Malaysia melalui Forum Oh My Ginjal (OMG!). Oh My Ginjal (OMG!) adalah kempen kesedaran penyakit buah pinggang untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan untuk mendapat diagnos awal dan bagaimana untuk menghindari penyakit ini. Selaras dengan tema tahun ini – “Living Well with Kidney Disease”, kami telah mengadakan 2 sesi siaran langsung yang membincangkan topik “Buah Pinggang & Seksualiti”, “Masalah Mati Pucuk & Hubungan Intim” pada 24hb Mac 2021 bersama dengan penceramah jemputan kami - Dr Azizul Awaluddin (Ketua Jabatan Psikatri & Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya), Dr Rosnawati Yahya (Ketua Pegawai Perubatan DaVita Malaysia, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur), Dr George Lee (Pakar Perunding Urologi, Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur), manakala topik “Penyakit Buah Pinggang & Covid 19” telah diadakan pada 25hb Mac 2021 bersama dengan penceramah jemputan kami - Dr Nurul Zaynah Nordin (Doktor Pelawat DaVita Malaysia, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur), Dr Rosnawati Yahya (Ketua Pegawai Perubatan DaVita Malaysia, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur). Objektif utama kempen ini adalah untuk membentangkan dan membincangkan isu-isu yang mempengaruhi pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis di samping untuk membantu pesakit CKD untuk memahami dengan lebih mendalam penyakit mereka dan memberi kesedaran berkaitan dengan kesihatan mereka secara menyeluruh.

Sesi siaran langsung tersebut telah dihoskan oleh saudara Terrence Das daripada rancangan Selamat Pagi Malaysia. Kami telah memilih sebanyak 10 orang pemenang untuk cabutan bertuah.