Puding Tofu Buah-Buahan

Bahan-bahan
- 100g atau ⅓ paket tauhu lembut, dituskan
- Isi mangga, diracik, dibuang kulit
- ½ sudu besar madu
- 2 sudu besar isi mangga, dibuang kulitnya dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
- 2 sudu besar buah naga, dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
- 1 biji buah strawberi, dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
Cara Penyediaan
- Kisar tauhu lembut, cebisan isi mangga dan madu di dalam mesin pengisar sehingga halus.
- Tuang ke dalam gelas hidangan dan hiaskan dengan potongan dadu mangga, buah naga dan buah strawberi.
- Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dihidangkan. Enak dimakan ketika sejuk.