Salad Campuran

Mixed Salad
Bahan-bahan
  • 2 biji epal merah*
  • 2 biji epal hijau*
  • 4 sudu makan kismis hitam
  • ½ batang lobak merah - disagat
  • ½ cawan sago merah/ hijau/ kuning - dimasak
  • 1 tub kecil yogurt asli rendah lemak

* Dibuang sebahagian kulit, dipotong kiub dan direndam seketika dalam air perahan limau nipis

Cara Penyediaan
  1. Campurkan semua bahan.
  2. Gaul rata.
  3. Sedia untuk dihidangkan.