Siew Pak Choy Goreng

Stir Fry Siew Pak Choy
Bahan-bahan
  • 4 batang Siew Pak Choy
  • 1 peket kecil cendawan tiram segar

Bahan A: Bahan Tumis

  • 1 sudu makan minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan air

Bahan B: Bahan Pemekat

  • 1 sudu makan tepung jagung* 
  • 3 sudu makan air* 

* Dibancuh bersama

Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan air.
  3. Masukkan cendawan tiram. Masukkan sawi bila cendawan tiram agak lembut.
  4. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit, kacau sentiasa sehingga agak pekat dan sayur sedikit layu.
  5. Sedia untuk dihidangkan.