Popia Vietnam

Vietnamese Spring Roll
Bahan-bahan
  • 2 keping kulit popia Vietnam
  • 20g mi tang hoon (suhun) (kering)
  • 1/2 cawan daging ayam diracik (telah dimasak)
  • 1/2 cawan daun salad, dimayang
  • 1/2 cawan lobak merah, dimayang
  • 5g daun ketumbar, asingkan daun daripada tangkainya, gunakan daun sahaja
  • 1/2 cawan taugeh, dibersihkan
  • 2 biji cili merah, 1/2 dibuang biji dan dimayang. 1/2 digunakan secara keseluruhannya (akan dikisar untuk sos)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara Penyediaan
  1. Didihkan air di dalam periuk sederhana. Masukkan mi tang hoon, celur selama 1-2 minit atau sehingga al dente (kenyal dan boleh digigit). Tos dan ketepikan.
  2. Isikan air suam ke dalam pinggan lebar. Celup sekeping kulit popia ke dalam air suam selama 2-3 saat sehingga ia menjadi lembut dan mudah lentur.
  3. Ambil kulit popia yang telah lembut dan ratakannya di atas pinggan atau permukaan yang bersih.
  4. Susunkan separuh daripada mi tang hoon, daging dada ayam, salad, lobak merah, cili (yang dimayang), daun ketumbar dan taugeh dalam satu barisan di bahagian tengah kulit popia. Tinggalkan ruang kosong sebesar 2 inci di sekeliling inti.
  5. Ambil hujung kulit popia dengan berhati-hati, balut inti di sisi kiri dan kanan dan kemudian, gulungkan popia. Gulungan harus kemas dan rapat.
  6. Ulangi langkah 2-5 untuk membuat popia seterusnya.
  7. Membuat sos pencecah: Kisar cili (11/2 biji) bersama cuka dan jus lemon dalam mesin pengisar. Tuangkan ke dalam piring sos cecah dan hidangkan.
  8. Hidangkan popia bersama dengan sos cili.