Snek Ikan Rangup

Crispy Fish Snack
Bahan-bahan
  • 450g filet ikan (dory atau talapia), dihiris sebesar jari
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 keping nipis halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 4 sudu besar yogurt (rendah lemak, perisa asli)
  • 9 biskut lemak, dihancurkan
Cara Penyediaan
  1. Cara Penyediaan
  2. Lumurkan filet ikan dengan bawang putih, halia, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk lada hitam dan yogurt. Perap di dalam peti ais selama 10 minit.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 200ºc selamat 10 minit.
  4. Salutkan filet dengan serbuk biskut lemak dan susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  5. Masukkan dulang pembakar berisi filet ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200ºc menggunakan kombinasi pemanas atas dan bawah selama 6 minit atau sehingga filet berwarna kuning keemasan.
  6. Taburkan serbuk lada hitam pada permukaan filet sebagai hiasan. Hidangkan.