Pencuci Mulut Telur Berlabu

Bahan-bahan
- 1 biji telur
- ½ cawan labu, dipotong dadu
- 1 sudu besar gula perang, asingkan kepada dua bahagian, ½ untuk campuran labu, dan ½ untuk potongan nanas
- ¼ sudu kecil serbuk kayu manis
- 2 keping nanas dalam tin (dipotong bulat dalam sirap pekat), dituskan sirapnya
Cara Penyediaan
- Didihkan air dalam periuk dan masukkan telur. Rebus selama 8-10 minit.
- Keluarkan telur menggunakan senduk lubang. Kupas kulit telur dengan berhati-hati di bawah aliran air sejuk (jika telur masih panas).
- Telur dibelah dua dan keluarkan kuning telurnya. Ketepikan.
- Kukus labu yang telah dipotong dadu selama 10 minit sehingga lembut dan gebu (gunakan periuk yang sama).
- Lenyek labu menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
- Tambahkan serbuk kayu manis labu dan separuh gula perang ke dalam puri labu. Kacau sekata.
- Isikan ruang tengah telur rebus dengan campuran labu dan ketepikan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit.
- Sementara menunggu, letakkan kedua-dua gegelang nanas di atas dulang pembakar dan taburkan gula perang yang selebihnya pada permukaan atas nanas.
- Masukkan dulang pembakar bersama nanas ke dalam ketuhar dan bakar selama 3 minit atau sehingga permukaan nanas berwarna perang keemasan (gula akan cair menjadi karamel)
- Letakkan gegelang nanas itu di atas pinggan sajian dengan telur berisi labu di tengahnya. Hidangkan ketika masih panas.