Ayam Masak Thai Dengan Terung & Kacang Buncis

Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 1 biji saiz sederhana terung, dipotong dadu sebesar 1 inci
- 3 cawan kacang buncis, dikerat menjadi potongan 1 inci panjang
- 8 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji saiz kecil cili padi, dicincang
- 300g atau 11/2 kepingan dada ayam saiz sederhana, dibuang kulit dan tulang, dipotong dadu sebesar 1 inci
Cara Penyediaan
- Panaskan separuh daripada minyak di dalam kuali leper tidak melekat.
- Goreng kilas terung bersama kacang buncis sehingga terung bertukar warna menjadi keperangan (lebih kurang 3 minit), kemudian angkat dan ketepikan.
- Panaskan 1/2 lagi minyak dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih bersama cili padi sehingga wangi.
- Masukkan dada ayam dan teruskan menumis selama 3 minit sehingga ayam separuh masak.
- Tambahkan terung dan kacang buncis diikuti sos tiram. Kacau selama 2 minit.
- Tambahkan cili merah dan daun selasih dan teruskan mengacau masakan selama
- 2 minit.
- Dihidangkan bersama-sama 1 cawan nasi dan sebiji telur goreng mata sebagai sajian yang lengkap.