Apakah lima peringkat penyakit buah pinggang kronik?

Terdapat lima peringkat atau tahap sakit buah pinggang kronik. Peringkat 1 adalah yang paling hampir dengan fungsi buah pinggang yang sihat, dan Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 5 atau dikenali sebagai kegagalan buah pinggang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Kadar Penurasan Glomerular atau glomerular filtration rate (GFR), memberikan anggaran fungsi buah pinggang. Contohnya, jika GFR anda adalah 26, ini bermakna buah pinggang anda berfungsi pada kira-kira 26 peratus daripada kadar normal.

RINGAN

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 1, GFR > 90

  • Kerosakan buah pinggang yang kecil.
  • Buah pinggang berfungsi sama seperti buah pinggang biasa.

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 2, GFR 89-60

  • Kerosakan buah pinggang dengan kehilangan fungsi buah pinggang yang ringan.
  • Sedikit atau tiada simptom.
  • Dapat diurus melalui diet yang sihat dan regulasi tekanan darah.
     

SEDERHANA

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 3A, GFR 59-45

  • Kerosakan buah pinggang ringan hingga sederhana.
  • Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik sebagaimana sepatutnya.

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 3B, GFR 44-30

  • Mungkin mengalami keletihan, perubahan membuang air kecil, masalah tidur dan rasa sakit di buah pinggang.
  • Dapatkan nasihat doktor anda tentang diet mesra buah pinggang, pengurusan tekanan darah tinggi dan preskripsi ubat yang mungkin membantu meredakan sakit dan gejala anda.
     

TERUK

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 4, GFR 29-15

  • Mungkin mengalami tekanan darah tinggi, anemia, penyakit tulang atau penyakit kardiovaskular.
  • Gejala termasuk keletihan, loya, perubahan rasa, masalah saraf, sukar tidur serta kurang selera makan dan tenaga.
  • Dapatkan nasihat doktor mengenai sebab penyakit buah pinggang menjadi semakin teruk, cara untuk menjaga, dan bertanya tentang pemindahan buah pinggang.
  • Pakar diet juga boleh membantu menguruskan diet anda.
     

PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR/END-STAGE RENAL DISEASE (ESRD)

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PERINGKAT 5, GFR < 15

  • Gejala termasuk kehilangan selera makan, loya, gatal-gatal, bengkak serta perubahan air kecil menjadi sedikit atau tiada.
  • Pilihan rawatan termasuk dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Assessing Your Risk of Chronic Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Menilai Risiko Anda Mendapat Penyakit Buah Pinggang
Living with Chronic Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik