Penyakit Buah Pinggang & Seksualiti (Disfungsi Erektil & Hubungan Intim)

Sesetengah pesakit cuba mengelakkan aktiviti seksual, kerana bimbang ia menjadi penyebab sakit buah pinggang menjadi semakin teruk. Jika anda merupakan salah seorangnya, anda perlu memahami bahawa tiada larangan ke atas aktiviti seksual untuk anda. Jika ia tidak memberi sebarang tekanan pada akses darah atau buah pinggang yang dipindahkan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah.

Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk merujuk kepada doktor jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai keadaan buah pinggang dan hubungan intim. Sebagai contoh, jika anda mempunyai luka selepas pembedahan pemindahan buah pinggang atau mengalami simptom penyakit buah pinggang kronik, sebaiknya dapatkan nasihat doktor anda sebelum meneruskan sebarang senaman berat, termasuklah hubungan seksual.

Penyakit Buah Pinggang & Kehidupan Secara Umum

Kehidupan anda mungkin berbeza setelah anda menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD), namun anda masih boleh menikmatinya. Ambil masa untuk memahami perubahan yang berlaku dalam hidup anda. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh membantu anda menjalani kehidupan dengan baik:

  • Dapatkan segala maklumat yang perlu mengenai kenapa buah pinggang sakit dan keadaan diri anda daripada pakar yang menjaga anda. Ketahui cara untuk memanfaatkan maklumat-maklumat tersebut dalam kehidupan seharian.
  • Yakin pada kebolehan diri anda! Ambil CKD sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi secara langsung. Terdapat ramai orang dan banyak sumber yang boleh membantu anda untuk penjagaan dan kehidupan yang baik walaupun dengan CKD.
  • Ketahui tentang ubat-ubatan yang ada untuk penyakit buah pinggang kronik, dos yang betul serta nama dan tujuannya. Sesetengah ubat, seperti jenis pil tekanan darah yang tertentu (please review if this is right. is it “kategori” or “dos” instead of “kelas”? boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang. Dapatkan pandangan doktor mengenai apa yang terbaik untuk anda.
  • Ambil tahu nilai ujian makmal anda dari semasa ke semasa dan fahami maksud ujian tersebut. Pakar anda mempunyai pengetahuan yang luas dalam penyakit buah pinggang, tetapi andalah yang lebih mengetahui tentang diri anda.
  • Bertanggungjawab atas kesihatan diri anda dan bertindak sewajarnya. Tanya doktor jika anda tidak memahami sesuatu atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tanyakan juga tentang soalan dan cara untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.
  • Ketahui simptom penyakit buah pinggang kronik dan sentiasa beritahu simptom anda kepada doktor anda. Sesetengah masalah, seperti keletihan, boleh dirawat untuk membantu anda berasa lebih baik.
  • Bekerjasama dengan doktor dan pakar diet anda untuk menentukan garis panduan pemakanan mesra buah pinggang yang sesuai dengan keadaan anda. Amalkan disiplin dalam mengikuti diet tersebut dan lihat hasilnya.
  • Lakukan senaman dengan kerap dan berhemah. Dapatkan nasihat doktor mengenai tahap senaman yang sesuai untuk anda.
  • Teruskan bekerja jika mampu. Walaupun anda mungkin mengambil sedikit cuti untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu, cuba untuk tetap terus bekerja walaupun secara sambilan mahupun sepenuh masa. Bekerja merupakan salah satu cara yang baik untuk kekal aktif.
  • Cari maklumat dan rancang untuk kewangan yang diperlukan bagi rawatan CKD. Terdapat sumber-sumber seperti pertubuhan pesakit buah pinggang yang mungkin dapat membantu dari segi kewangan.
  • Tanya doktor anda mengenai julat tekanan darah yang elok untuk anda. Cuba untuk mengawal keadaan tekanan darah anda. Kajian menunjukkan hal ini dapat membantu memperlahankan penyakit buah pinggang daripada menjadi lebih teruk.
  • Jika anda mempunyai diabetes, mengawal paras gula anda juga dapat membantu. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengawal paras gula, dapatkan nasihat doktor atau minta rujukan kepada pakar diabetes.
  • Ketahui dan sentiasa awasi kemungkinan komplikasi penyakit buah pinggang, termasuklah anemia, asidosis metabolik, penyakit tulang, penyakit kardiovaskular, kelebihan cecair serta potassium dan fosforus yang tinggi. Setiap satu daripada ini boleh dikesan dengan ujian yang betul; tambahan pula, anda juga boleh melakukan banyak perkara yang dapat mengelakkan komplikasi ini jika anda mengambil tahu dari awal.
  • Jika penyakit buah pinggang anda sudah teruk, tentukan sama ada anda ingin menyertai senarai menunggu pemindahan atau semak kemungkinan pemindahan buah pinggang daripada penderma hidup yang sesuai dan bersetuju untuk mendermakan buah pinggang mereka.
  • Jika anda menjalani dialisis, jalani semua rawatan yang diarahkan oleh doktor anda. Beri kerjasama kepada mereka untuk memastikan anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Pantau Kt/V atau URR anda (ukuran sama ada darah anda dibersihkan dengan secukupnya) dan bacaan ujian makmal lain dari semasa ke semasa; ketahui perkara yang perlu dilakukan untuk menambah baik keputusan ujian anda jika ianya tidak memuaskan.
  • Jika anda telah menjalani pemindahan buah pinggang, ambil semua ubat anda mengikut jadual. Awasi sebarang tanda jangkitan, penolakan ubat atau penyakit lain.
  • Beri perhatian kepada emosi anda. Berikan diri anda masa untuk menyesuaikan diri. Anda mungkin berhadapan dengan ketidakpastian tentang masa depan atau dengan perubahan dalam gaya hidup dan perhubungan anda. Ini adalah normal, namun dapatkan bantuan profesional jika perlu.
  • Jadikan CKD sebagai satu cara untuk anda lebih menghargai kehidupan; lakukan perkara-perkara yang bermakna dan memberi kegembiraan kepada anda.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Assessing Your Risk of Chronic Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Menilai Risiko Anda Mendapat Penyakit Buah Pinggang
Stages of Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Tahap Penyakit Buah Pinggang Kronik